Friday 20 January 2012
SELAMAT TAHUN BARU CINA
Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada semua warga SMK Taman Selesa Jaya yang menyambutnya. Semoga sambutan disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Gong Xi Fai Cai...
Tuesday 17 January 2012
Kempen Pelalian HPV
Lindungi Anak Perempuan Anda Dari Jangkitan HPV. Dapatkan Pelalian HPV Untuk Anak Perempuan Anda!
CEGAH KANSER SERVIK
Kanser servik adalah sejenis penyakit di mana sel-sel yang tidak normal terbentuk pada dinding servik. Ia merupakan kanser ketiga paling kerap di hidapi oleh wanita Malaysia.
(Sumber : Daftar Kanser Negara, 2006)
Jangkitan Human Papillomavirus (HPV) di servik dikenal pasti antara penyebab utama kanser servik. Pelalian HPV dapat melindungi dari jangkitan HPV jenis 16 dan 18 dan mengurangkan risiko mendapat kanser servik.
Kementerian Kesihatan Malaysia memberi pelalian HPV secara PERCUMA kepada semua murid perempuan Tingkatan 1 dan remaja perempuan warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun.
Tiga suntikan HPV akan di beri dalam tempuh 6 bulan. Dapatkan ketiga-tiga suntikan untuk perlindungan yang berkesan.
Bagi remaja perempuan yang bersekolah, pelalian akan di beri di sekolah dan bagi yang tidak bersekolah, pelalian boleh di terima di klinik-klinik kerajaan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kementerian Kesihatan Malaysia di : 1-800-88-1478 (HPV)
Friday 13 January 2012
HARI TERBUKA KALI KE-1 TAHUN 2012
Lagi gambar boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya di alamat http://www.facebook.com/smktsj
Thursday 12 January 2012
Selamat Bertugas & Terima Kasih Cikgu Sohimi
CIKGU SOHIMI BIN HASNAN |
Wednesday 11 January 2012
Latihan Acara Merentas Desa
Pada hari ini telah diadakan latihan bagi acara merentas desa. Latihan telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Acara sebenar akan berlangsung pada hari sabtu ini,14hb Januari 2012.
Lagi foto boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya.
Published with Blogger-droid v2.0.2
Saturday 7 January 2012
KURSUS 1 MURID 1 SUKAN
Satu kursus 1M1S telah diadakan untuk memberi latihan dan pendedahan kepada para guru untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti bersukan di sekolah. Kursus ini diadakan dalam 2 slot iaitu teori dan praktikal. Kursus ini juga telah dihadiri oleh semua guru SMKTSJ.
Foto aktiviti boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMKTSJ di alamat http://www.facebook.com/smktsj
Published with Blogger-droid v2.0.2
Wednesday 4 January 2012
Monday 2 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)