Friday 20 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada semua warga SMK Taman Selesa Jaya yang menyambutnya. Semoga sambutan disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Gong Xi Fai Cai...

Tuesday 17 January 2012

Kempen Pelalian HPV



Lindungi Anak Perempuan Anda Dari Jangkitan HPV.  Dapatkan Pelalian HPV Untuk Anak Perempuan Anda!

CEGAH KANSER SERVIK

Kanser servik adalah sejenis penyakit di mana sel-sel yang tidak normal terbentuk pada dinding servik.  Ia merupakan kanser ketiga paling kerap di hidapi oleh wanita Malaysia. 
(Sumber : Daftar Kanser Negara, 2006)

Jangkitan Human Papillomavirus (HPV) di servik dikenal pasti antara penyebab utama kanser servik.  Pelalian HPV dapat melindungi dari jangkitan HPV jenis 16 dan 18 dan mengurangkan risiko mendapat kanser servik.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberi pelalian HPV secara PERCUMA kepada semua murid perempuan Tingkatan 1 dan remaja perempuan warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun.

Tiga suntikan HPV akan di beri dalam tempuh 6 bulan.  Dapatkan ketiga-tiga suntikan untuk perlindungan yang berkesan.

Bagi remaja perempuan yang bersekolah, pelalian akan di beri di sekolah dan bagi yang tidak bersekolah, pelalian boleh di terima di klinik-klinik kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kementerian Kesihatan Malaysia di : 1-800-88-1478 (HPV)

Friday 13 January 2012

Thursday 12 January 2012

Selamat Bertugas & Terima Kasih Cikgu Sohimi

CIKGU SOHIMI BIN HASNAN
Warga SMK Taman Selesa Jaya ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada ENCIK SOHIMI BIN HASNAN dan terima kasih di atas khidmat yang telah dicurahkan di SMK Taman Selesa Jaya walaupun hanya selama lebih kurang 2 minggu beliau di sini. Tahniah juga diucapkan kerana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang baru iaitu SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor bermula pada 13hb Januari 2012. Kami di sini mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan beliau bersama keluarga tercinta di sana. Terima Kasih. Jasamu dikenang.

Wednesday 11 January 2012

Latihan Acara Merentas Desa

Pada hari ini telah diadakan latihan bagi acara merentas desa. Latihan telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Acara sebenar akan berlangsung pada hari sabtu ini,14hb Januari 2012.


Lagi foto boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday 7 January 2012

KURSUS 1 MURID 1 SUKAN

Satu kursus 1M1S telah diadakan untuk memberi latihan dan pendedahan kepada para guru untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti bersukan di sekolah. Kursus ini diadakan dalam 2 slot iaitu teori dan praktikal. Kursus ini juga telah dihadiri oleh semua guru SMKTSJ.


Foto aktiviti boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMKTSJ di alamat http://www.facebook.com/smktsj


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday 4 January 2012

Monday 2 January 2012

Hari pendaftaran tingkatan 1

Sekitar sesi pendaftaran tingkatan 1 SMK Taman Selesa Jaya 2012


Published with Blogger-droid v2.0.2
back to top