Wednesday 21 March 2012

Pelajar-Pelajar Cemerlang SPM 2011 SMK Taman Selesa Jaya

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan  SPM tahun 2011.

Lagi gambar boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya di alamat berikut : http://www.facebook.com/smktamanselesajaya

Wednesday 14 March 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.


Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sekian, terima kasih.

Friday 9 March 2012

Sambutan Maulidul Rasul SMK Taman Selesa Jaya

Sambutan telah diadakan pada 9 Mac 2012 di Surau Al Muttaqim, SMK Taman Selesa Jaya. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abd Halim bin Sarmin, Penolong Pengarah Unit Dakwah & Tarbiah,Jabatan Agama Johor.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday 3 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 & Majlis Anugerah Cemerlang

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 & Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 02 Mac 2012 di dewan SMK Taman Selesa Jaya. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bahrom bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru.





Lagi gambar boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya, http://www.facebook.com/smktamanselesajaya

Thursday 1 March 2012

Pelancaran Minggu Anti Dadah, Rokok, HIV & AIDS

Pelancaran ini telah diadakan pada perhimpunan pagi Isnini, 27 Februari 2012 yang lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Narkotik IPD Nusajaya.



Lagi gambar boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya, http://www.facebook.com/smktamanselesajaya

Pelancaran NILAM SMK Taman Selesa Jaya 2012

Pelancaran NILAM telah diadakan pada 27 Februari 2012 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Tuan pengetua SMK Taman Selesa Jaya, Puan Hjh Raziah bt. A. Rahman.



back to top