Wednesday, 14 March 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.


Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sekian, terima kasih.

Friday, 9 March 2012

Sambutan Maulidul Rasul SMK Taman Selesa Jaya

Sambutan telah diadakan pada 9 Mac 2012 di Surau Al Muttaqim, SMK Taman Selesa Jaya. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abd Halim bin Sarmin, Penolong Pengarah Unit Dakwah & Tarbiah,Jabatan Agama Johor.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, 3 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 & Majlis Anugerah Cemerlang

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 & Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 02 Mac 2012 di dewan SMK Taman Selesa Jaya. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bahrom bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru.





Lagi gambar boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya, http://www.facebook.com/smktamanselesajaya

Thursday, 1 March 2012

Pelancaran Minggu Anti Dadah, Rokok, HIV & AIDS

Pelancaran ini telah diadakan pada perhimpunan pagi Isnini, 27 Februari 2012 yang lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Narkotik IPD Nusajaya.



Lagi gambar boleh dilihat di laman facebook Portal Rasmi SMK Taman Selesa Jaya, http://www.facebook.com/smktamanselesajaya

Pelancaran NILAM SMK Taman Selesa Jaya 2012

Pelancaran NILAM telah diadakan pada 27 Februari 2012 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Tuan pengetua SMK Taman Selesa Jaya, Puan Hjh Raziah bt. A. Rahman.



Friday, 24 February 2012

Senaman 5 Minit


Satu lagi program kesihatan yang dijalankan ke arah memupuk budaya sihat di kalangan pelajar.

Lagi gambar boleh dilihat di laman facebook Sekolah Dalam Taman SMK Taman Selesa Jaya di alamat berikut, http://www.facebook.com/smktsj3k

Wednesday, 22 February 2012

RALAT ENROLMEN PANGKALAN DATA MURID SETAKAT 10.30 PAGI, 22 FEBRUARI 2012

Perhatian kepada semua guru tingkatan,

Sila muat turun fail di bawah dan perbaiki segala ralat yang ada.

Sebarang masalah dan persoalan, boleh menghubungi Guru Data Maklumat, En. Wan Ahmad Syawal bin Wan Sagar dengan segera. Terima Kasih.

" Ke Arah Memastikan Data SMKTSJ Sahih & Tepat"

SILA MUAT TURUN FAIL DI BAWAH INI :
Ralat Enrolmen PDM 20120222

Saturday, 18 February 2012

Majlis perpisahan Cik Lee Ai Chin & Pn Hjh Aznah

Majlis meraikan Cik Lee Ai Chin yang akan bertukar ke IPG Perlis dan Pn Hjh Aznah yang dinaikkan pangkat sbg Penolong kanan Koko di SMK Skudai...kami warga SMKTSJ mengucapkan selamat bertugas dan jutaan terima kasih. JASAMU DIKENANG.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, 17 February 2012

Pelancaran Program 3K Tahun 2012


Pelancaran program 3K SMK Taman Selesa Jaya yang telah diadakan pada 30/01/2012 yang lalu.
Lagi gambar di laman facebook 3K SMKTSJ,
http://www.facebook.com/smktsj3k

Gotong Royong 2012



Gotong royong 2012 yang telah diadakan 11/2/2012

lagi gambar di laman facebook 3K SMK Taman Selesa Jaya, http://www.facebook.com/smktsj3k 

back to top